Archive for the ‘Kementerian Pertahanan’ Category

Ancaman Singapura Update: Garisan Kuning Apa Benda Ni?

April 9, 2007

Kepada mereka yang merasakan bahawa pos Ancaman Singapura sebelum ini adalah rekaan PUNDAK yang tidak berasas, kini terdapat bukti kukuh yang Singapura sedang membuat entah apa dalam keadaan yang menimbulkan syak.

Imej satelit “spy” PUNDAK/Google Earth telah merekodkan imej garisan kuning di antara Johor Bahru dan Singapura yang sebelum ini tidak wujud (setahu kami).

garisankuning3.jpg

Walaupun imej satelit dengan jelas menunjukkan adanya garisan kuning tersebut, namun agen-agen PUNDAK di Johor Bahru melaporkan bahawa “garisan itu tidak boleh dilihat dengan mata kasar dari Johor Bahru”.

causeway.jpg

Apakah garisan kuning ajaib ini yang boleh dilihat dari Angkasa Lepas tetapi bukan dari Johor Bahru?

Apakah niat Singapura dengan adanya garisan kuning ini?

Di manakah Lee Kuan Yew semasa garisan kuning ini tiba-tiba muncul?

Soalan-soalan ini akan dikemukakan kepada Kedutaan Singapura sebaik sahaja PUNDAK memenangi pilihanraya.
Rakyat Malaysia berhak menuntut penjelasan.

Ancaman Singapura

Mac 29, 2007

Hasrat Singapura untuk menakluki Malaysia bukanlah rahsia lagi. Ini jelas terbukti apabila Lee Kuan Yew, dalam sidang akhbar terbaru, enggan meninggal dunia.

Ancaman Singapura ini boleh dineutralisasikan* dengan meludah gula-gula getah ke atas Tambak Johor.
Rakyat Johor juga akan digalakkan menghisap rokok beramai-ramai dan menghembus asap rokok ke arah selatan, yang akan melemahkan sistem imunisasi* tentera Singapura yang tidak pernah merokok.

Untuk mengelakkan dari negara kita dijajah Singapura, kerajaan PUNDAK akan menakluki Singapura sebelum mereka menakluki kami. Strategi Militari untuk Penaklukan Singapura terdapat di sini.

*Kami tidak pasti sama ada perkataan-perkataan ini wujud dalam Bahasa Melayu. Jika tidak, kerajaan PUNDAK akan menginstructkan* Dewan Bahasa agar memasukkannya ke dalam kamus sebaik sahaja kami memenangi pilihanraya. OK?