Archive for the ‘Kementerian Pendidikan’ Category

Isu Penggunaan Bahasa Di Sekolah

Mac 28, 2007

Disebabkan polisi Kerajaan Barisan Nasional, kaum-kaum di Malaysia kini tidak dapat bersetuju Bahasa apakah yang patut digunakan di sekolah-sekolah kami.
Kaum Melayu berpendapat bahawa Bahasa Melayu, iaitu Bahasa Kebangsaan sepatutnya menjadi bahasa perantaraan untuk semua subjek.
Ada pula yang memihak kepada Bahasa Penjajah, yang membolehkan pelajar-pelajar bersaing di arena antarabangsa.
Kaum Cina pula ingin terus mengekalkan Bahasa Cina sebagai bahasa utama di sekolah-sekolah Cina.

Disebabkan isu ini merupakan isu sensitif, penyelesaian yang boleh diterima oleh semua pihak seharusnya ditampilkan, supaya tidak berulang Peristiwa 13 Mei, yang seperti diketahui ramai, berlaku apabila Kaum Cina dan Kaum Melayu bergaduh untuk hak mengorat 13 anak dara bernama Mei.

Oleh itu, PUNDAK mengesyorkan agar bahasa yang tidak ada kena-mengena dengan mana-mana kaum di Malaysia digunakan sebagai Bahasa Pengantaraan di sekolah, contohnya Bahasa Sepanyol.

Berikut adalah contoh bagaimana Bahasa Sepanyol boleh diintegrasi ke dalam kehidupan seharian pelajar-pelajar sekolah.

Ketua Darjah: Kelas sedia bangun! (La clase se para por favor)

Ketua Darjah: Selamat Sejahtera Cikgu! (Maestro de buenos días)

Kelas: Maestro de buenos dias!!

Cikgu: Buenos dias.

Khairy: Cikgu! Nak Kencing! (Maestro! Quiero a Barisan Nasional!)

Cikgu: Biadap punya budak! Nak kencing tanyalah elok-elok! (¡Chico grosero! ¡Si usted quiere a Barisan Nasional, pregunta apropiadamente! )

Khairy: Cikgu, boleh saya pergi ke bilik air? (El maestro, puedo ir yo al cuarto de baño? )

Cikgu: Tak Boleh. (No)

Khairy: Waaaaaahhh!!! Bila saya besar nanti, saya nak mengadu kepada Bapa Mertua saya, yang akan memecat Cikgu! (Waaaahhh!!! Cuándo yo crezco, yo me quejaré a mi suegro, que tendrá usted despidió!)