Arkib bagi Kategori ‘Dasar-Dasar Umum’

Ekuiti Kaum

April 2, 2007

Sebelum penubuhan Parti Undi Rosak ini, saya, Pazuzu, telahpun menulis surat kepada Perdana Menteri dan mengemukakan cadangan saya untuk mengira Ekuiti Negara dengan kadeah Saintifik.

Sukacita dimaklumkan bahawa Perdana Menteri telahpun menjawab surat tersebut dengan cadangan beliau sendiri.

Akan tetapi, kami di PUNDAK masih tidak bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri, dan tetap ingin menggunakan Kaedah Saintifik untuk mengira dan mengagihkan Ekuiti Kaum Negara.

Hak Orang Cina

April 2, 2007

Di bawah kerajaan Barisan Nasional, golongan yang paling kaya di Malaysia masih lagi kaum Cina. Untuk mengimbangkan situasi ini supaya Ekuiti Negara diagihkan dengan adil, semua orang Cina yang memenangi nombor ekor akan dipaksa kongsi kemenangan mereka dengan kaum-kaum lain.

Pada Perhimpunan Agung PUNDAK, Presiden Pemuda Cina PUNDAK akan dibenarkan menjerit “HwaaaChauuuuAhhOoooooAaChauuuAhhh!!!” seperti hero dalam filem-filem Kung-Fu, kerana ini adalah simbol perjuangan Kaum Cina, dan kaum-kaum lain tidak seharusnya risau.

Hak Orang India

April 2, 2007

Di bawah kerajaan PUNDAK, semua rakyat Malaysia berketurunan India akan dibayar pampasan oleh Tenaga Nasional kerana setiap kali terdapat gangguan elektrik, pasti ada seorang “pelawak” di sekolah ataupun di tempat kerja yang akan menjerit “Cikgu! Tak nampak (nama orang India di sini)!”.

Presiden Pemuda India PUNDAK juga akan dibenarkan melambai-lambaikan botol Guinness Stout kosong yang sudah pecah di Perhimpunan Agung PUNDAK kerana ianya merupakan simbol perjuangan Orang India, dan kaum-kaum lain tidak seharusnya risau.

Hak Istimewa Orang Melayu

Mac 30, 2007

Menurut bekas Presiden Barisan Nasional, Hak Istimewa Orang Melayu perlu diteruskan kerana orang Melayu masih “lemah”:

FORMER premier Tun Dr Mahathir Mohamad said Malaysia will lose sovereignty over parts of Johor and Malays could be ‘enslaved again’ if foreigners are allowed free rein in the Iskandar Development Region (IDR).Hitting out at the government’s plan to open up south Johor to foreigners, he said the Malays are still weak and would not have a chance to compete against foreign developers and companies.Sumber: Malaysia Today

PUNDAK berpendapat bahawa kenyataan ini menghina intelek kaum-majoriti rakyat Malaysia.
Oleh itu, Kerajaan PUNDAK akan memansuhkan Hak Istimewa Orang Melayu dan hanya akan melaksanakan dasar-dasar yang menghina intelek segolongan kecil rakyat, seperti Dasar Ekonomi Terbaru Sekali (DETS), yang akan memelihara Hak Istimewa Orang Kerdil.

Pada Perhimpunan Agung PUNDAK, Presiden Pemuda Melayu PUNDAK akan dibenarkan melambai-lambaikan “helmet motor”, yang merupakan simbol perjuangan orang Melayu, dan kaum-kaum lain tidak perlu risau.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.