PUNDAK Kembali Dengan Lagu Tema Pilihanraya

Setelah beberapa bulan di bawah tahanan ISA di Kamunting, saya, Pazuzu, Presiden Parti Undi Rosak, kini kembali untuk bertanding di Pilihanraya Umum!

Saya berjaya melarikan diri dari Kamunting hari ini apabila saya memberitahu Pak Guard di sana bahawa saya sebenarnya bukan Pazuzu tetapi seorang yang “looks and sounds like” Pazuzu.

Secara kebetulan, hari ini juga merupakan hari Khairy Jamaluddin membubarkan parlimen.

Saya ingin umumkan di sini bahawa jentera penggerak gerakan PUNDAK telahpun giat bergerak membuat persiapan menghadapi Barisan Nasional dan parti-parti lain sewaktu saya di Kamunting.

Antara persiapan tersebut ialah Lagu Tema dan Video Muzik Pilihanraya PUNDAK ini:

 

Lagu ini digubah dengan menggunakan rentak dan irama yang bakal memukau semua rakyat Malaysia untuk mengundi PUNDAK. Selain itu, saya bangga menyatakan di sini bahawa kualiti pengambaran video adalah setaraf ataupun lebih canggih daripada video-video kerajaan yang dirakam oleh Filem Negara.

Lagu/video ini merupakan mangkin kepada kempen PUNDAK untuk meraih kemenangan besar bulan depan. Ini akan diikuti dengan Manifesto (atau dalam Bahasa Malaysia – Manipesto) PUNDAK yang akan kami siarkan dalam beberapa hari lagi sebaik saja kami mendapat tahu Manipesto itu sebenarnya apa-benda.

Satu Respons bagi “PUNDAK Kembali Dengan Lagu Tema Pilihanraya”

  1. ridhuansyukri Berkata:

    can i be the calon of pundak hah..?!
    erm ok i take johor bahru area laa.. not so giler kuasa..but only to change some of political enviro at here lorr… give some comment on my blog.. erm can u click at my ads heheheh just to make money to cover my political’s member huhuhu…. anyway nice n good idea to u.. (aku budak melayu) johordesign.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.